Tadi masa kat sekolah sempat la sembang dengan kawan-kawan. Kita orang bercerita pasal buah-buah pelik yang kitaorang makan masa zaman kecik-kecik dulu. Kebanyakan buah-buah ni dah susah nak cari buat masa sekarang. Kalau aku balik kampung pun ... memang payah nak jumpa. So.. macam mana nak kenalkan pada anak-anak zaman sekarang kan????
Dulu-dulu.. aku suka sangat makan buah teratai. Rasanya lemak. Macam makan kekacang pun iyer..Pokok teratai ni tumbuh dalam air... Time musim bunga teratai... pakat berebut cabut bunga ni sebab nakkan buahnya. Nak tengok rupanya?? Aku rasa tak ramai yang tahu.. sebab cuma orang cina berminat dengan benda ni. Diorang buat ubatan dan teh...
Yang sebelah kiri tu.. bunga teratai. Bila bunga dia layu tinggal la... yang warna ijau kat sebelah kanan tu. Tapi kita cuma makan buah( kekacang) yang kat dalam warna ijau tu..
Selain tu...aku suka makan buah keriang. Kat tempat lain tak tau la apa namanya. Buahnya warna hitam/dark purple macam anggur. Pokoknya banyak tumbuh kat kawasan bendang ( sawah ). Rasanya manis-manis kelat. Lepas makan... warna ungu/ hitam buah tu akan lekat kat lidah kita..
Pokok ni tinggi.. So.. kalau nak makan buahnya ....kena la panjat pokok. Biasanya aku akan tunggu bawah pokok jer. Sebab tak pandai memanjat. Dalam ambar ni buah muda lagi... Kalau dah masak warnanya makin gelap..
Ada satu lagi buah yang aku panggil asam randa. Tapi kat Kelantan orang panggil buah ajaib kata Mareyana. Rasanya masam - masam manis. Selalunya mak akan belah dua dan buat jeruk. Lepas makan buah ni.. cuba makan benda2 pahit atau masam.. Rasa pahit tadi akan bertukar jadi manis. Ini kata Mareyana. Aku tak pernah la cuba. Biasanya aku makan buah ni jer...
Inila rupa buah ajaib ni.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal buah ni... sila klik kat sini.
Mana lah nak cari buah-buah ni sekarang yer??? Rindu nak makan buah - buah ni... Korang pernah makan tak buah - buah ni????
p/s : semua gambar adalah sumber dari google.



7 pesanan teman-teman:
buah lotus tu pernah la makan.. mmg sedap... lemak2 mcm kcg gitu... buah keriang tu tak pernah makan.... bimbang kalau makan sentiasa keriangan plak... huhuhu asam randa pun x pernah makan... pokok dia berpindah randah ko... tu pasal panggil asam randa.... huhuhuhu
peliknya buah2 yg ko makan tu...aku tak pernah try plak
buah teratai tu pernah makan..buah sentul baru jer makan..buah lain tu ..blum lagi...hehe
pakcik: buah keriang tu rasanya tempat ygbanyak sawah je kot ada.. sebab kawan yg kat terengganu pun cakap tumbuh kat kawasan sawah..
azza: ini la keuntungan dok kat kampung.. cuba ko tanya mr Z.. maybe dia biasa dgr pasal buah keriang..
ck:.. kalau jumpa kena try sekali...
banyak banyak senarai buah tu, memang ada yang tak pernah makan..
kena try sekali....
errrrm, Alhamdulillah!pokok ajaib kat umah saya tengah lebat berbuah, mmmmm....cantik sungguh laman rumah saya dihiasi buah ajaib yang tengah masak ranum.ingat nk ambik gmbar tp camera wat hal.nnti lo yer.anything u can email me sitizalehah@gmail.com
Post a Comment